Friday 4 January 2013

2012. Apa yang menarik ?


Assalamualaikum, hai koraannnnnngggg !  *excited terlebih* dah lama gilaaa aku tinggalkan blog ni terbiar tak berupdate. Hihi biasalah I kan memang seorang wanita gadis yang busy. Anyway korang, I nak ucapkan selamat tahun baru 2013 ! even macam dah lambat je tapi at least I ada lah wish jugak kan J Harap harap tahun ni kita dapat jadi lebih awesome and lebih matang ! So nanti dapat jadi orang yang lebih sukses, kann? Heeee. By the way, untuk pengetahuan korang aku dah pun selesai my second sem pada 31 Dec yang lepas ! Alhamdulillah sepanjang dua bulan aku ber-short sem, segala macam pengalaman aku kutip. Yang pahit yang manis yang masin yang tawar, semua pun ada. Hahaha.

Overall aku rasa 2012 adalah antara tahun yang best pernah aku lalui J Jadi aku nak buat review event sikit sepanjang tahun 2012. Hmmm first thing first, aku dah tak lagi berada dalam alam persekolahan yang serba happening and gila gila tu sebab aku dah shift masuk ke alam pekerjaan sekejap then masuk ke alam universiti. Yelah  I kan dah 18 uolls, 13 jun 2013 ni genap lah umur  I 19. Sedar tak sedar dah makin bertambah dah usia ni haa. Sekejap je rasa. Huhu.

PLKN ohh PLKN. Nama ku terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan satu, siri 9, tahun 2012. Bila dapat tahu je berita nie *lepas check nama guna sms* aku rasa macam urgh -____- why meeeeee ?!! But then aku ikhlaskan jelah hati join program nie. So far aku rasa program nie ada lah jugak manfaat nya untuk kita para remaja. But still banyak lagi kekurangan yang aku nampak in terms of batas pergaulan sepanjang jadi pelatih kat kem Putra Putri Alor Gajah. Anyway, aku paling suka and enjoy gila time buat aktiviti air and latihan fizikal. Terasa diri ni macam askar pulak ! *bajet je* hehehe.

Masa perarakan maulidur rasul kat Melaka. kitorang pakai baju kelas.

Yang kiri gambar wirawati kompeni aku. Kompeni Delta ! Yang kanan pulak gambar aku dengan Cikgu, Sam, Acap and Piee masa aktiviti flying fox and abseiling. :) seronok gila ! 

Kitorang jadi tukang cheer tak berbayar time wira lawan bola. Pic kiri tu kitorang pakai baju PT. Kanan ni baju Loreng. Leceh gila nak pakai, tapi smart. I like !         

Memang adventure ah, aku banyak belajar pasal teamwork and leadership lagi lagi bila aku dipilih jadi ketua wirawati kat kem tu. *riak riak* haha bukan nak riak korang cuma nak berkongsi pengalaman je.  Jadi ketua ni memang mencabar sebab salah budak budak, kau yang kena denda. Rasa macam nak pelangkung je bebudak tu tapi dah aku pun salah tak main peranan awal awal kan =,= merasa lah kena denda sekali. Bila ingat balik jadi rindu  pulak kat dorang semua. Huhuuu
 
Ni malam last kat Kem Putra Putri. Esok nya semua dah balik rumah memasing :')

Tamat latihan kat PLKN, aku pun balik pergi Kelantan nak amek result spm. Alhamdulillah my A’s lurus and dapat tawaran MARA buat medic kat CUCMS. Tapi atas sebab sebab tertentu, aku tolak offer tu. Aku decide untuk further study ke UIA, under course pharmacy. Still lagi sciences programme. Sekarang aku tengah tunggu untuk buat pertukaran course di UIA, dari pharmacy ke medic. Mohon dipermudahkan urusan pertukaran tu nanti. Amiinn.
Muka tak puas hati kena bayar hutang lepas amek result SPM. kekeke. Obvious nampak muka ku burn :3
 
Melangkah masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, CFSIIUM pada bulan Jun 2012~
 
Aku jumpa dengan ramai gila kawan kawan baru! ^^, Masa mula mula masuk tu memang lah jelas nyata terang lagi bersuluh kat muka yang aku memang tak reti nak beramah tamah dengan classmate baru ku. Mana tak nya, first class je aku dah lambat. Telinga siap bersumbat dengan earphone lagi, on lagu dengan volume maximum bagi menghilang nervous. Masuk kelas macam gaya mafia masuk kasino pulak tu, aku terus je buat muka tak bersalah. Padahal diri sendiri yang tak alert dengan jadual. Masa kat sekolah dulu boleh lah aku nak bersenang lenang  sebab cikgu dah siapkan jadual. Kat U dah lain weyhh, kau susun lah sendiri jadualnya. Apa apa maklumat pun sendiri kena update, takdenya sampai kat hujung kaki.  Kalau tak berdikari, memang tunggang terbalik lah hidup hang. Lol, such a good lesson untuk aku ingat sampai bila bila J

Bila dah dua bulan belajar kat sana, aku dah pandai sikit banyak lah nak cakap cakap dengan orang, kalau tak memang aku  tenggelam dalam dunia aku jelah. Sumbat telinga, buat hal sendiri. Ignorance. Kat U mana boleh buat macam tu dik oii. Kita kena bergaul dengan semua orang so senang nanti kalau ada apa apa, kita ada tempat nak bertanya nak refer. Penting kot sosial kat U tapi jangan terlebih sosial sangat. Memudaratkan pulak nanti. Sendiri mau ingatlah kan. Memasing dah besar J
classmate ku masa sem 1 yang awesome :)
 
Gathering dengan classmate ku. Buat makan makan. hikhik kfc je pun :) walaupun tak sekelas untuk sem dua, tapi kitorang tetap contact. bond kuat !

Okay next, dari segi hobi untuk tahun 2012 pulak, aku dah mula jadi pengumpul novel. Hikhik. Tak ingat sejak bila aku start kumpul tapi setakat ni je aku dah ada 8 buah novel melayu and 4 buah novel English. Aku limit sebulan beli dua buah novel je. *tak cukup bajet* Novelist yang aku minat gila is Hlovate. Mula suka dia sebab ada one guy ni tunjuk kat aku novel Hlovate yang dia ada. Aku pun apa lagi, pergilah cari, test baca then aku jatuh cinta :D Novel dia bukan sekadar cinta yang boleh melekakan, tapi ada banyak ilmu pasal Islam yang dia selitkan sekali dalam penulisan dia yang sempoi tapi mendalam maknanya.
Antara novel terawal yang aku beli :) Pakai duit sendiri tau ! ^^,

Kalau dari segi material pulak, tahun lepas aku dapat laptop untuk celebrate result spm aku yang dikira cemerlang tu. Aku diberi hak kebebasan mutlak *ehh* nak pilih laptop yang aku suka. So aku pilih ASUS. Hajat di hati nak yang warna pink tapi tak kesampaian pulak. Time beli tu takde pulak warna pink untuk core i5. End up aku beli je yang warna hitam. Ahh takpe lahh, baru nampak elegan sikit *sedap kan hati*
Ni warna lappy yang aku berkenan sangat tu tapi takde pulak time aku beli. Redha je lah warna hitam pon.
 
Heaven betul aku rasa bila hari yang sama jugak aku dapat hadiah gitar dari abah ! :) sempena birthday aku yang ke-18. Sebab aku dok kecoh sangat nak kumpul duit untuk beli gitar, tup tup sista sista ku dah plan rupanya dengan abah nak belikan aku satu. Hehe. Rasa nak melompat lompat masa dorang cakap abah bagi duit pergi beli gitar. So aku pun pergilah ke guitar collection dekat mid valley. Beli satu then aku belajar main sendiri kat rumah bergurukan encik google dan encik youtube dengan berinspirasikan encik A. Alhamdulillah dalam masa dua bulan je aku dah boleh main sambil nyanyi. Hee. Aku belajar sendiri tu ~ Terel tak? *angkat kening double jerk*
 
Apa pendapat korang? Ada gaya macam Yuna tak ? ;)
 
Nampak tak kegigihan dan kesungguhan aku di situ ~ Haaa, korang jangan memain dengan aku tau. Kalau aku dah nekad nak buat sesuatu, aku akan buat sampai berjaya.  See, masuk ke hari aku menaip entry ni, almost 6 months gitar tu hidup dengan aku *ecehh* . Really tak sangka korang, tahun 2012, aku dah boleh menyanyikan lagu price tag dengan berlatarkan alunan petikan gitar aku sendiri !  Kalau nak diikutkan, setahun yang dulu,  tahun 2011, aku hanya mampu menyanyikan lagu tu *masa annual dinner batch ku di PC* diiringi band member je XD
Jadi..... Bila dikenang kenang balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun lepas, rasa macam tak percaya, tapi tulah kan, kita mana nak tahu apa yang akan terjadi :)

Setakat ni baru selesai tiga muka surat dari 365 pages buku tahun 2013 yang kita dah lukiskan dan warnakan coraknya . Ada 362 muka surat lagi yang masih putih bersih tak berusik. So, terpulanglah pada diri sendiri ye untuk memenuhkan setiap muka dengan design yang macam mana. In shaa Allah dengan perkara yang baik baik :) Kayy. habis sudah review aku untuk tahun 2012. (^^,)V
Nahhh. Akhir kata,
“ Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa lalu.” Renung renungkan dan selamat beramal ;D