Sunday 16 December 2012

Berjimba seharian bersama Nad ! :D

tulis tulis tulis. tak da idea nak tulis.
 
My routine = going through my day with blogging, facebooking, tweeting, texting , eating, sleeping, praying, stalking #Ehh and eventually STUDYING  *of course lah kann* so, where is the awesomeness?
-_______________- boring~
 
kannn? so i've decided nak keluar berjimba semalam (15 dec 2012) hewhew :3 aku dok meronda Time Square dengan sorang sabahan ni~ classmate ku di UIA ^^, orangnya sporting bhaa. *slang sabah* we all jalan around TS for 4 hours u oll. duduk pun just for 10 min ! may be less. waduhh sangat penat plus lenguh kaki ku. tak pernah dibuat aku jalan lama lama kat mall =,='
 
actually motif pergi sana sebab Nad nak cari shirt untuk her bro and watch for her daddy. aku tukang teman je~ but at last, jam je yang dia beli after berpuluh kedai kitorang jelajah.*fuhh* aku pulak yang beli baju. kekeke. kalau keluar berjimba tak amek gambar tak lengkap rasanya. so here are some pictures yang sempat di snap :D


  dekat entrance TS, kan dah nak krismas, heboh lah deme tanam pokok krismas dalam mall tu. muehehe. kiri ni aku, kanan tu bestie ku si nad sabahan. *jangan marah nad aaa*
 
busy pilih baju kat F.O.S~ tak beli pon padahal.
 
 
tengok baju ni macam comel pulak kalau aku pakai *perasan*
 
 
memasing gembira dapat selamatkan duit dalam purse lepas keluar dari F.O.S. hikhik.  


 
So,we had our lunch at Pizza Hut. bukan kat TS korang tapi kat Mid Valley~ almost 4 kot we all stop makan. lunch ke tu? dah macam dinner je aku rasa. hahaha. tak kesa lah janji makan.

-------------------------------------------------->

aksi candid time makan. LOL. candid lah sangat kann ;)
kalau korang nak tau, aku memang suka bab bab glasses ni. nampak cool je bila tengok orang pakai. hehe. Thanks to Kitschen cuz sponsor le shades for me. hehe bajet model sekejap :p
So, That's all ! :) heeeeeee kalau aku stress kat UIA ni, aku dah tau sape aku nak heret keluar berjimba, hehe. okayy jugak kan sekali sekala turun KL cuci mata ;)

Wednesday 12 December 2012

12.12.12 ? Aku nak kahwinn !


Assalamualaikum. Pagi yang indah. *tetiba je* Aku menaip entry ni pada waktu subuh yang sejuk dan hening, sunyi dari bunyi hiruk pikuk kota. Well, first thing yang aku check after bangun tidur is my dear phone of course. Rasa happy sikit sebab si dia meninggalkan misscalled :) Sorry lah tak angkat. Pkul 1 pagi kott time U call. I already sleep looorh ^^, Okayy whatever. -______-

12.12.12

Such a very nice date u knooowww. Sekali seumur dunia tu. Cewahhh. Semua laman sosial yang aku ada hebohh mencanangkan kecantikan tarikh tu *hari ni laaa* Ada yang nak buat majlis kahwin laa, majlis tunang laa, propose girlfriend and all those memorable thingy. How swett kann~

As for me, that date is just a normal date like others *sebab takde event menarik pon untuk aku hari ni* *kesiann* bak kata one of my social member;

 "Event tu kita yang create kan, so U just make sure yang hari ni hari yang paling happy utk diri U."

Mmmmmmm, I do agree with him tapiiiiiii nak rasa lah jugak ada orang datang meminang hari ni, tak kesa nak  meminang jadi wifey ke, girlfey ke atau apa apa yang seangkatan *sebab tarikh cantik sangat* :3

LOL. Sangattt pathetic kalau kau nak korban kan zaman bujang kau yang bebas dan gila gila ni sebab kan susunan tarikh tu yang awesome =,=' *petik petik jari* Wake up dear Filzah~ jangan nak berangan di subuh hari boleh tak? #Ehh

Okayyyyy. Enough enough. Tarikh 12.12.12.

Do something yang kau akan kenang sampai bila bila kayy. Create lah apa apa memory yang sweet dengan family, members, teachers or sesiapa sahaja, also dengan Maha Pencipta. Upgrade amalan pon boleh jadi something memorable untuk dikenang in the future sebab tarikh ni jadi kickstart pertambahan amalan korang, termasuklah diri aku juga :') tapi jangan sembang kencang je ye :P buat tau.

Hahaha. Last but not least, jadi lah better person hari ni cause yang semalam tu tak boleh nak diubah dah. Hanya boleh dikenang je untuk panduan masa depan. Bagi aku, sesiapa yang mensia sia kan hari mereka adalah mereka yang sangat ruuugiiiii :)

I wanna make some awesomeness today !
' Dear Allah, anything that i'll do, will always be under your blessing. Ameen. '

Tuesday 11 December 2012

Emotional sangattt. Letak tepi boleh?


Selesai meng-customise blog ku setelah sekian lama aku rasa background blog ni cam hambar je. Phewww *lap lap muka tenyeh tenyeh mata* maybe header aku ter over sikit tapi lantak lah. Lain kali boleh edit kan :3

Lamaaaaaa Tuan Puteri Filzah tak mencoret tinta di sini #ehh. Tak bermaksud beta tak de cerita wahai rakyat jelata tapi sebab kekangan masa and terlalu banyak nak diceritakan sampai tak tau nak mula dari mana. Okayy beee~ tukar mode tukar mode, bajet puteri zaman kesultanan melaka je.

Well, the biggest event after le choral speaking performance , mmmm ape ea? okayy dah tau, aku nangis dalam kelas -__________- selain aku berbekam kat muka for the beauty purposes last two weekends. --' Terpaksa jalan tunduk for the whole week. Nak cover all the bruises punya pasal :3



Tiga points. Dahi, dua dua pipi.


Hari rabu minggu lepas, aku terlebih emotional dalam kelas. Stress ngan sosial probs and those bar graphs essays yang soooo irritating ! Haiihhh. Tak larat aku nak betul kan essay yang salah tu. Imagine lah, kau tengah celaru dengan macam macam lepas tu asyik salah buat je tang analysis graph tu. Mana tak pecah empangan air mata ku. Rasa betul betul macam nak give up je! nangis masa tengah consultation ngan miss pulak tu kat meja depan kelas. memalukann ! T.T

Yeah my sudden act tu membuatkan semua classmates tergamam and semua tak berani nak tegur for the whole day. Hailaaaa. Tak de angin tak de ribut tetiba je nangis. Mana orang tak terkejut kann. Lencun tisues yang aku guna tu. Balik bilik, sambung nangis. Emotional sungguh. Sampai roy pun tegur, sebab pelik aku balik pastu nangis.

Nak diikut kan, Tu kira kali ke-dua aku nangis untuk sem ni lepas kes hilang fail sijil *nak tau baca entry november* tapi lepas aku dah nangis tu, boleh pulak aku online macam biasa. buat macam tak de pape berlaku. Kembali normal. --'

Haha. Moral of the story, Nangislah bila bila pun sebab menangis akan buat kita super dooper lega :) Esoknya, rasa awkward sikit *banyak sebenarnya* time kat kelas tapi aku buat biasaa je ;)

That's me. Full with kepelikan when it comes to emosi. *ehh* :)


Friday 30 November 2012

Ohh Choral Speaking Ku :')

ni bukan kumpulan nasyeed ye awak, ni kumpulan choral speaking kita :))

Assalamulaikum. heyy korang!!!! *bersih bersih kan habuk* lamanya tak menghupdate blog tersayang. hikhik lately I'm a lil bit busy plus the internet kat UIA ni sangat lah perlahan kelajuannya.
-_____- kalau lumba dengan siput b*** mungkin that snail lagi laju. ohh sorry terhiperbola pulak. Yup daku sedang menaip entry ni pada pukul *tengok jam lappy* 3.28 PAGI. yeahh the reason why sebab internet laju sikit waktu dinihari cenggini.

Yeeeeee, seperti tajuk yang dah terpampang di atas, you olls dah boleh agak isi entry nie kann. Miss Nafilah ku yang cantik menawan dah bagi task kat grup aku yang dibahagikan kepada dua grup kecik untuk buat choral speaking pasal learn english through technology LESS than 48 hours pulak tu. Dalam hati terdetik "G.I.L.A" haha.

ehhh ehem ehem~ I think I should switch my mode of language since this entry will tell you all how's my english goes around :) heeee. So, I managed to come out with this script. I've prepared it with my group members after having some discussions. :D two heads are better than one right. I've been chosen to be the conductor since I have the experience in choral speaking back at PC, my former school. So here is the script ~

Assalamualaikum and a very good morning
to all of you
today we would like to present
a choral speaking entitled
English ohh english
so, sit back and relax
and enjoy
 
(Havoc in class)
(s) English is challenging
(s) naaa~ english is easy girl
(s) huuuuh, what should i do
tuk tak tuk tak (footstep)
(S) Heyyy miss nafilah is coming
(s) shhh stand up class, good morning Miss Nafilah
good morning Miss Nafilah
the lessons start
 
(bell ringing)
Class is over, yayyy
(s) hey girls, what do we learn today?
we have learnt english
but in an interesting way
we use technology
ehhhh, what kind of technology?
it's the internet
oooooo
(s) Goggle is a web search engine
ehh, GOGLE?
it's google
(s) hikhik sorry
we have google mails, google maps, google images, google translates
and much more
google translates help us a lot
it can pronounce the word for you
and correct your spelling too
we can type anything
no more dictionary digging
when your eyes blink
all the words are coming
 
(s) ohh nooooo !
(s) connection is lost
nevermind, we have smartphones
(s) uuuu~ smartphone?
we can download
any applications, anytime, anywhere
and have internet also
read novels via eBook
watch videos via YouTube
write stories via Blogger
having these entertainments
while enriching our vocabs
(s) it's fun
yes it is
 
(s) *sigh*
heyy what's wrong?
she's got a crush (2x)
(s) i want to...
drawing?
(s) no
making origami?
(s) no
wrapping present?
(s) nooo
err, writing letter?
yes ! thank you. i want to write letter to someone
(s) it's just too oldschool !
(s) what era are you living in now ?
we got social networking
skype, twitter, facebook
(s) brilliant, facebook ! but, i'm bad in english
(s) heyy do you know this song?
baby you light up my world like nobody else
the way that you flip your hair gets me overwhelm
do when you smile at the ground it ain't hard to tell
you don't know
you don't know you beautiful
(what makes you beautiful - one direction)
just put this song to his facebook timeline
and done
 
heyy wait a minute
do you realize something?
what?
we just sang an english song
so?
the grammar is correct
we learn english through songs?
whoahh amazing !
 
english has never been harder than what we had imagined
english can be simple, can be fun
let's learn english
let's speak english
let's practise english
now, i do love english
great, we love english too
 
that's all from us
thank you for watching
bye

Okay finish. It's a tiresome to type all those lines -_____-

Whatever it is, I'm still proud of my group :D They are totally awesome and nice to be worked with !

 
third line : akhi, nini, bella, gie, shikin, mira
second line : anis, shahira, erin, aliah, azie
and the person front line with the peace is me Bee Filzah :) 
 
and this is the video link that had been uploaded by aliah at YouTube :D :D http://www.youtube.com/watch?v=tnWWy6EMyaM
 
Do click the link and watch us :) heee *famous kejap*

ehem ehem, lepas berchoral speaking bagai petang tu, Madam Hayati, our second english lecturer, bagi durians! sangat heaven~ dapat 6 biji tapi at least dapat lah merasa kan untuk musim ni. ecehh sangat bersyukur tauu. Dah lama sangat mengidam and finally, Allah makbulkan hajat ku :D Alhamdulillah ya Allah :')




 
Sangat susah nya lah nak bukak durian tu. haha muka bajet senyum je sebab ade orang tangkap gambar. hee tapi memang naik lah urat tangan.








Nampak tak muka kita yang senyum melebar tu~ seronok sangat dapat makan durian :D
Satu hari tu memang aku rasa sangat sangat seronok :) pengalaman baru kott. Cherish the moment gila gila ! :D thanks to my friends yang sporting habis. Gembira dapat kenal ngan korang, big times :')

Tak baik mengeluh laa


 
kenapa lah mesti nak menyelit gak perasaan cemburu tu. hailaa payah nak jaga hati. obses sangat dengan kesempurnaan. semua orang tak sempurna lah. it's just you yang pandang rendah pada diri sendiri. tengok orang lebih sikit, terus rasa macam kau lah yang paling kurang dalam dunia. just live your life kayy, toksah lah ligat nak meng-compare yourself dengan orang lain. tak ke mana pun sudahnya.

Sunday 18 November 2012

Kita plan je, yang approve hanya Dia


Assalamualaikum. Hey there! ^^, Empat hari terputus hubungan luar. haha. Lawak je rasa. No internet at all and I'm still alive! *ecehh* Well, sepanjang empat hari kat rumah memang macam-macam benda jadi. And those things yang happen ade yang best ada yang tak best. Biasalah. Rencah kehidupan. Takkan semedang nak rasa manis je . Tak adventure lah. So here is one of the significant story yang jadi time ku di rumah.
 
Wardieben Camp. Yeah I went there again last Friday - 16th of Nov. Wanna accompany my sister for her final selection to be one of the Perajurit Muda. Sounds interesting right J  I woke up in the Friday morning as early as 5 o’clock! Memang bukan ciri-ciri aku nak bangun awal nie pun. heh . FYI, ni dah third trial kot kakak aku apply post tu. Unfortunately, she failed. How frustrating wasn’t it? Her flat foot was the reason why she had been eliminated. Kata doktor nanti nak berkawad susah kalau orang yang flat foot nie. Kalau bab lain tu memang dah senang hati lah lepas tapi bab check physical dengan doktor memang payah nak ngelat. Hailaa, nasib-nasib.
 
Yang paling mengecewakan sebenarnya, at the end of the day, aku tak jumpa pun my abang tough! (=.=') huh. Tujuan meng-escort kakak aku tu pun sebab nak tengok dorang. Last-last tak de sorang pun yang aku jumpa. *hampa sesangat* Kalau ade pun bukan nya tough. Dah boroi je. Taraf bapak orang. Hmm soooo sad. Tapi sedih-sedih aku sedih lagi kakak aku yang tak lepas selection tu. Nak buat macam mana kan. Bukan rezeki dia nak masuk dalam askar ni. Allah ada plan lagi cantek untuk dia agaknya. Just wait and see lah kan. Sementara nak tau apa plan Allah untuk kita, just follow the flow :) Live your life to the fullest. Tapi base on Islam lah kan. Tak gitu? ^^,




 

Wednesday 14 November 2012

Never Assume. Try first :D

 
Am writing this entry while my roomates still sleeping. It's still so early in the morning here. So, i'm gonna have my first english class today. A 'lil bit nervous though. So long no speaking, no writting in english. Last when i sat for SPM if I'm not mistaken lah. haha
 
Well, frankly typing *ehhh* I'm a bit jealous to someone who can keep constantly change their mode of bahasa while speaking. Either in bahasa or in english. They make it look soooooo easy as ABC ! Yeah i know they had practised it all along before so they can make it right. Fluency is a skill to develop. haha no pain no gain lah kawan.

* 10 hours later *

Homaiii... I was a bit late to class. I'd wore black baju kurung and just put on a light make up *celak je pun* to boost up my confident level *eceh*

Today outfit was slightly like this. (taken in my arabic class last sem)

Aaaaaa, my first english class was really fun awesommeee! ^^, I bet it'll be something boring thou. But then, naaaaa i'm fallin' in love with my classmates and my teachers. Heee i got a very nice teachers plus both of them are beautiful :) So, they had spread the aura to me to crack some jokes in class. Hehe i'm good in that yaaa.

FYI, I was fully speaking in class! Haha didn't expect to have the courage to do that. Normally the old me love to curi curi cakap melayu dalam kelas inggeris. LOL. Sweet memories back then :')

I reaaaaally hope to have the strength to keep this spirit with me all along the semester. So then I can polish up my soft skill in languages and be prepared for MUET that I'll sit soon. Perhaps this semester will be interesting to live on. InshaAllah. :D

 
 
 

Tuesday 13 November 2012

Lesson i'll never Forget :')

Jumpa dengan mak cik intan pagi-pagi lagi sebelum pergi kelas, tanya pasal fail sijil yang tertinggal tu, dia cakap dah kena buang. Before tanya kat mak cik tu, aku round lagi kat semua tingkat yang mana ada timbunan buku, aku selongkar cari, mana lah tau kot kot jumpa. Dua kali naik turun tangga kat semua tingkat, tetap tak jumpa. Last chance, aku pergi jumpa ketua penyelia cleaner, tanya number recycle centre, tapi mak cik tu cakap memang tak de lah chance nak jumpa fail tu dalam timbunan kertas yang lain. Imagine lah bila lori recycle papers datang kutip guna timbang lori pastu hantar kat recycle centre.
 
Dengan langkah longlai aku balik bilik sambil menangis, walau ditahan air mata tu tetap nak mengalir. Aku call angah bagitau pasal ni sambil menangis, mintak pendapat. Then aku menangis sampai tertidur, tak mampu senyum, kurang bercakap, tak lalu makan for the whole day! Dalam kepala memang dah rasa tak ada harapan nak jumpa balik dengan fail sijil tu. Fikiran dah serabut dengan macam-macam hal. Macam mana nak dapat balik sijil berhenti sekolah? Macam mana nak dapat sijil spm, pmr, upsr? Yang paling penting macam mana nak bagitau kat abah? Memang kena marah lah sebab hilang kan such an important document! Buntu habis!
 
Dah penat menangis, aku pun solat zohor tenangkan diri, mintak Allah tunjukkan jalan penyelesaian. Lepas rasa tenang sikit, tiba-tiba dapat call dari alang. *masa ni emosi aku dah terkawal sikit* Aku tanya alang pulak macam mana nak settle problem nie. Alang suruh call lembaga peperiksaan, jabatan pendaftaran negara, jabatan pertahanan, mrsm pc, smkc, skpm untuk mintak reprint sijil-sijil yang ada. Alang pesan suruh berdikari sebab aku dah besar. Ada betul nya jugak kan. So, aku terus contact cikgu plkn, cikgu mrsm tanya bout that. Then search web jabatan yang berkenaan. Memang dah draf lah dalam kepala nak buat apa untuk settle masalah sebab kecuaian sendiri ni.
 
Alhamdulillah, right after habis baca yasiin lepas solat asar, Allah ilhamkan sesuatu. Hati aku berat kata fail sijil tu still ada and tiba-tiba aku teringat yang aku ada beli new clear holder untuk interview MARA sebab fail lama dah uzur sangat. Time tu jugak my instinct kuat kata fail tu ada kat rumah. Last hope aku message pujah mintak tolong carikan fail tu kat rumah. Tak lama lepas tu dia message balik kata fail tu ada kat rumah tapi yang smkc punya. Berdebar! Aku terus call tanya fail yang mana satu. Yang pujah jumpa tu fail sijil lama. Aku suruh dia cari yang lagi satu. Finally, she said dua-dua fail kau ada je kat tempat abah letak semua sijil-sijil kita semua. Bingo! Alhamdulillah ya Allah!! Aku bersyukur sangat-sangat. Fail tu ada lagi, tak kena buang.
 
Aku terus cakap ngan mama mintak maaf sebab buat mama risau pasal problem nie, message angah, alang, kak ain bagitau yang fail tu ada kat rumah. bagitau kat roy and jiha sekali. Semua orang pesan benda yang sama, lain kali jangan cuai, lagi-lagi document penting macam tu.
 
Zillion thanks to my family yang support time susah macam nie.
 Seriously, this is a lesson for me. Sampai bengkak-bengkak mata nangis. InshaAllah lepas ni akan lebih carefull. Ada hikmah Allah let me went through this. Always look at the bright side. Alhamdulillah.
 

Monday 12 November 2012

I wish I've found it !

Assalamulaikum. Hey there :) finally I managed to create my own blog! Credit for my sis for teaching me. Well, i've started my new sem here at UIA.*sigh* I'm not in a very good mood to be true. I'd LOST my sijils file. Damn :(
 
Forgot to bring it home last two weeks. End of semester, they do the clearance. How clumsy I am ! Such an important file I left it behind. I did not tell anybody 'bout that, just keep it shut. FYI, my birth certificate also in there ! (T.T) can u imagine what words should I throw to my parents if I let them know? :'(
 
There's still hope today, InshaAllah. I'm gonna find that mak cik cleaner named Mak Cik Intan, ask her if she keeps it. Who knows may be she didn't throw that file yet. I do REALLY hope that this wouldn't happened. Hmm.. whatever it is, it was still my fault. My bad. Dear Allah, please help me find that file. ameen.

Friday 5 October 2012

PILOT OHH PILOT


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Aku memang dah cair tahap tunggu nak mengalir masuk longkang je bila dengar orang sebut pasal pilot. *melting melting*

Ohh encik pilot :) <3

Jalan penuh bergaya dalam uniform dengan luggagenya, perfume bau semedang. haha, selalu je ade perempuan (cantik/ kurang cantik ) *erk* cuba nak dekat, mengada menggedik tak tentu hala, heaven je kan dorang.

Actually, to be true, aku dah  fall in love dengan abang pilot yang ntah sape sape since i standard six you~ Lama kan? kalau aku menapak ke KLIA nak hantar sedara mara mesti mata melilau mencari si abang pilot *yang aku tak kenal pun sebenarnya*  Rasa cam nak tembus abang-abang pilot tu aku pandang kalau depa lalu depan aku. Ahhhhh~ rasa kaki tak pijak tanah weyhhh. :P

Hailaaa, aku nie memang payah sikit nak menjaga pandangan mata. huhu

Dah aku start ingat balik kat abang pilot nie sebab terbaca novel JS publication tajuknya 'Si Mangkuk Tingkat' ni lah semalam. Bagi khatam sampai pukul 1 pagi. Second novel yang pernah aku baca lepas novel Aisya Sofea tajuknya 'Adam dan Hawa' yang heronya guna watak pilot. Okayy aku dah boleh sense yang korang ingat aku dah ter"fluence" dengan watak novel di atas yang tak real kan.

Tak kesah la macam mana pun korang nak conclude kan, yang penting aku rasa pilot nie bukan takat nak muka yang market je. Jadi drebar kapal terbang bukan senang weyhh. Tanggungjawab berat.
Kat atas awan tu, sape lagi kita nak put on trust kan, kalau tak cik abang pilot yang segak lagi bergaya tu <3 *ahhhh^^

Beratus nyawa kat tangan dia *aku tak maksud kan dia tuhan* sekali fly je. Ye aku tau kat plane tu ada auto-pilot, tapi time depart ngan landing tu crucial part tau. Salah teknik, que sera sera jawabnya.
(eh asal gaya aku nie macam backup kuat abang-abang pilot ni. --' tak kenal sorang pun padahal)

haha, i do really hope that one day aku dapat kenal sorang pilot yang budiman. ecehh;D
 *berangan je lah kau ni*
Ehh tak salah pun kalau aku nak berangan kann :B bukan kena bayar pun. Okay aku dah rasa puas merepek untuk hari ni. Sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah :D



Thursday 4 October 2012

Imtihan Syafawi Sem 1/2012


Rama-rama dah penuh dalam perut nie. Tak nak dok diam. Makin nervous jadinya. Aku tahu ada syafawi dari minggu lepas lagi tapi tak prepare pape. Bajet lidah ni boleh automatic twist tukar mode bahasa tanpa practise. Lupa sekejap yang "practise makes perfect". =.='

Ohh lupa nak explain , ni haa equation yang simple,
[ Imtihan syafawi  =  oral in arabic ]
 
Empat orang satu group and aku group last. Peluh-peluh dah nie tunggu turn. Bila nama kena panggil, confident kitorang masuk. Padahal jam baru pukul tiga kot, Supposely estimate masa aku masuk pukul 3.30 petang. Ahh tak kisah laa, cepat mula cepat habis.

Undi punya undi, nahhh dapat tajuk yang semua orang dapat ;

Di kantin universiti - في المطعم الجامعة

haha, memang meghaban merapu lah aku speaking ala arab tak arab masa tu. Nasib baik yang tasmi' tu ustazah. Takde lah segan aku nak cakap. Nahu arab yang aku belajar pun tak sempat nak apply, habis tunggang-langgang. *sorry ustaz* dah mulut aku lagi laju dari otak yang tengah serabut kan. Gubra punya pasal. Aku target keluar pasal hobi nah kau, dapat yang lain.

Dalam hati, aku nak cepat cepat habis, pastu angkat kaki dari kelas pergi balik bilik. haha. Dalam pada dok dengar member-member aku speaking arab dengan hujah masing- masing, aku pandang muka ustazah. Rasa macam dah nampak je bayangan markah kumpulan aku. Nampak benor tak practise langsung, compare ngan group before group aku yang practise selalu tu.

hailaaa, itu lah sape suruh tak prepare. Kan dahh sangkut. Fit your face. Dari sepuluh markah penuh agak-agak bape ea aku dapat. Curious jugak nie. Pape pun, Alhamdulillah dah selesai. :)

Moralnya, prepare lah kalau dah tau nak ada test.
"Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek."
 
 Okayy^^, sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah (^_<)v

Wednesday 3 October 2012

Kasut Roda

Bukkk!!


Semua mata tertumpu kat aku. Rasa sakit menjalar kat sekitar punggung. Sakit tu tak payah cakap lah macam mana kan. Dengan selambanya aku bangun, terus meluncur atas court ZC untuk kesekian kalinya.

Petang tu saja je aku pegi sewa kasut roda kat mahallah store. Nak test main. Seingat aku, last aku main kasut roda pun time aku darjah-darjah lagi. haha nak test skill lah konon. Dapat-dapat je kasut tu, terus aku sarung. Tak ingat pulak court yang aku nak pergi tu kena lalu bukit. Nasib baik ade member aku, Sofia (bukan nama sebenar), tolong pimpin aku go through jalan berbukit tu.

Sampai sampai je, aku pun test se-round dua, haha dah berkarat rupanya skill aku. 
"tak pe kan baru je lagi ni. warm up dulu ah." aku bermonolog sendiri. *sape nak support kalau tak diri sendiri kann :) *
 
First round, second, third, fourth, fifth. ahhhh. Dalam kepala rasa cam nak give up je. huhu awat susah sangat nak slide guna kasut roda nie. Tak sah kalau tak jatuh. Naik bergegar dah mahallah Zainab Al-Jahsy ni aku buat. Muka pun dah makin tebal berinci inci. Mana tak nya, dari tadi aku dok mencium tanah, jatuh tergolek sana sini. Depan orang pulak. Kalau ingat balik, aku pun boleh tergelak sendiri. Nak give up, tak give up, aku belasah je main lagi. Haha. At last, aku berjaya buat pusingan tanpa tergolek ala ala nangka tak busuk.
Yayyyyyy!
 
Agak-agak kalau aku give up awal-awal tadi mesti tak dapat rasa seronok nie. haha. :D
Dah puas main, aku pun return balik kasut roda tu. Esoknya, aku jalan senget. Sengal satu badan dek penangan kasut roda biru.

Dah aku story panjang melebar nie, motifnya aku nak bagi tahu, kalau kita tinggal sumthing tu lama sangat, mesti ambil masa jugak nak recall dia balik, and dalam kita lalui hidup nie, time susah mesti akan ade hamba Allah yang bantu kita go through liku-liku macam aku nak naik bukit tu. :)

Kalau try sumthing tu jangan cepat noo nak give up nya. Give out the best of you dulu, pastu kalau rasa tak boleh tu barulah lepaskan. kayyy^^,

Itu ajeeee untuk kali ni. Penat dah menaip sensorang. Sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah :)






 

AKU DAN DIA

 

"kita hanya kawan je ok." - si Dia yang tak perlu disebut nama

Aku bukan pilihan dia, tapi dia pilihan aku. Urghhh, penat dah. Cerita ku sama panjang dengan sinetron dari seberang. Sekarang dah sampai episod akhir, huhu. Unfortunately, bukan happy ending. Honestly, rasa bengang itu ada, sebab penat tunggu tapi tak de pape kann. Kadang-kadang nampak dah sinar pelangi tu, tup tup hujan balik. Orang keliling aku nampak bahagia je, nampak gaya cam nak bina masjid pun ada. Senyum memanjang. aku?

okay lupakan apa yang aku merepek pepanjang ni.
Let's bygone be bygone.
 
Sekarang aku nak re-programme kan otak yang selalu aku sogokkan dengan fakta kimia and anatomi manusia nie dengan ayat mama.
"kita nak kahwin by, jangan kita yang terhegeh-hegeh nak kat dia. biar dia yang sayang kat kita."
 
Ye aku tau, bunyi ayat macam klise je tapi tu hakikat. haha. Gaya dah cam mak mak pulak. kalau ditimbang-timbang ayat tu, betul lah kan. Ayat orang tua-tua ni banyak betul nya. huhu. kalau kita je dok tersua-sua, orang tak nak, tak ke macam "hidung tak mancung, pipi tersorong sorong". cehh, berpribahasa pulak aku nie, *rinduuu seyhh setahun dah tinggalkan pribahasa since spm :D

Well, for my very first post here, aku dah banyak merepek mengarut. Next post entah ape pulak genre nya. Yelah tujuan ade blog ni pon memang nak mengarut je. kena lah tu dengan tujuan :) seiring sejalan. Sampai berjumpa lagi untuk next post. Tu pon kalau ada. haha. salam sakinah :)
.