Rama-rama dah penuh dalam perut nie. Tak nak dok diam. Makin nervous jadinya. Aku tahu ada syafawi dari minggu lepas lagi tapi tak prepare pape. Bajet lidah ni boleh automatic twist tukar mode bahasa tanpa practise. Lupa sekejap yang "practise makes perfect". =.='
Ohh lupa nak explain , ni haa equation yang simple,
[ Imtihan syafawi = oral in arabic ]Empat orang satu group and aku group last. Peluh-peluh dah nie tunggu turn. Bila nama kena panggil, confident kitorang masuk. Padahal jam baru pukul tiga kot, Supposely estimate masa aku masuk pukul 3.30 petang. Ahh tak kisah laa, cepat mula cepat habis.
Undi punya undi, nahhh dapat tajuk yang semua orang dapat ;
Di kantin universiti - في المطعم الجامعة
haha, memang meghaban merapu lah aku speaking ala arab tak arab masa tu. Nasib baik yang tasmi' tu ustazah. Takde lah segan aku nak cakap. Nahu arab yang aku belajar pun tak sempat nak apply, habis tunggang-langgang. *sorry ustaz* dah mulut aku lagi laju dari otak yang tengah serabut kan. Gubra punya pasal. Aku target keluar pasal hobi nah kau, dapat yang lain.
Dalam hati, aku nak cepat cepat habis, pastu angkat kaki dari kelas pergi balik bilik. haha. Dalam pada dok dengar member-member aku speaking arab dengan hujah masing- masing, aku pandang muka ustazah. Rasa macam dah nampak je bayangan markah kumpulan aku. Nampak benor tak practise langsung, compare ngan group before group aku yang practise selalu tu.
hailaaa, itu lah sape suruh tak prepare. Kan dahh sangkut. Fit your face. Dari sepuluh markah penuh agak-agak bape ea aku dapat. Curious jugak nie. Pape pun, Alhamdulillah dah selesai. :)
Moralnya, prepare lah kalau dah tau nak ada test.
"Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek."Okayy^^, sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah (^_<)v
No comments:
Post a Comment