Friday 5 October 2012

PILOT OHH PILOT


Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Aku memang dah cair tahap tunggu nak mengalir masuk longkang je bila dengar orang sebut pasal pilot. *melting melting*

Ohh encik pilot :) <3

Jalan penuh bergaya dalam uniform dengan luggagenya, perfume bau semedang. haha, selalu je ade perempuan (cantik/ kurang cantik ) *erk* cuba nak dekat, mengada menggedik tak tentu hala, heaven je kan dorang.

Actually, to be true, aku dah  fall in love dengan abang pilot yang ntah sape sape since i standard six you~ Lama kan? kalau aku menapak ke KLIA nak hantar sedara mara mesti mata melilau mencari si abang pilot *yang aku tak kenal pun sebenarnya*  Rasa cam nak tembus abang-abang pilot tu aku pandang kalau depa lalu depan aku. Ahhhhh~ rasa kaki tak pijak tanah weyhhh. :P

Hailaaa, aku nie memang payah sikit nak menjaga pandangan mata. huhu

Dah aku start ingat balik kat abang pilot nie sebab terbaca novel JS publication tajuknya 'Si Mangkuk Tingkat' ni lah semalam. Bagi khatam sampai pukul 1 pagi. Second novel yang pernah aku baca lepas novel Aisya Sofea tajuknya 'Adam dan Hawa' yang heronya guna watak pilot. Okayy aku dah boleh sense yang korang ingat aku dah ter"fluence" dengan watak novel di atas yang tak real kan.

Tak kesah la macam mana pun korang nak conclude kan, yang penting aku rasa pilot nie bukan takat nak muka yang market je. Jadi drebar kapal terbang bukan senang weyhh. Tanggungjawab berat.
Kat atas awan tu, sape lagi kita nak put on trust kan, kalau tak cik abang pilot yang segak lagi bergaya tu <3 *ahhhh^^

Beratus nyawa kat tangan dia *aku tak maksud kan dia tuhan* sekali fly je. Ye aku tau kat plane tu ada auto-pilot, tapi time depart ngan landing tu crucial part tau. Salah teknik, que sera sera jawabnya.
(eh asal gaya aku nie macam backup kuat abang-abang pilot ni. --' tak kenal sorang pun padahal)

haha, i do really hope that one day aku dapat kenal sorang pilot yang budiman. ecehh;D
 *berangan je lah kau ni*
Ehh tak salah pun kalau aku nak berangan kann :B bukan kena bayar pun. Okay aku dah rasa puas merepek untuk hari ni. Sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah :D



Thursday 4 October 2012

Imtihan Syafawi Sem 1/2012


Rama-rama dah penuh dalam perut nie. Tak nak dok diam. Makin nervous jadinya. Aku tahu ada syafawi dari minggu lepas lagi tapi tak prepare pape. Bajet lidah ni boleh automatic twist tukar mode bahasa tanpa practise. Lupa sekejap yang "practise makes perfect". =.='

Ohh lupa nak explain , ni haa equation yang simple,
[ Imtihan syafawi  =  oral in arabic ]
 
Empat orang satu group and aku group last. Peluh-peluh dah nie tunggu turn. Bila nama kena panggil, confident kitorang masuk. Padahal jam baru pukul tiga kot, Supposely estimate masa aku masuk pukul 3.30 petang. Ahh tak kisah laa, cepat mula cepat habis.

Undi punya undi, nahhh dapat tajuk yang semua orang dapat ;

Di kantin universiti - في المطعم الجامعة

haha, memang meghaban merapu lah aku speaking ala arab tak arab masa tu. Nasib baik yang tasmi' tu ustazah. Takde lah segan aku nak cakap. Nahu arab yang aku belajar pun tak sempat nak apply, habis tunggang-langgang. *sorry ustaz* dah mulut aku lagi laju dari otak yang tengah serabut kan. Gubra punya pasal. Aku target keluar pasal hobi nah kau, dapat yang lain.

Dalam hati, aku nak cepat cepat habis, pastu angkat kaki dari kelas pergi balik bilik. haha. Dalam pada dok dengar member-member aku speaking arab dengan hujah masing- masing, aku pandang muka ustazah. Rasa macam dah nampak je bayangan markah kumpulan aku. Nampak benor tak practise langsung, compare ngan group before group aku yang practise selalu tu.

hailaaa, itu lah sape suruh tak prepare. Kan dahh sangkut. Fit your face. Dari sepuluh markah penuh agak-agak bape ea aku dapat. Curious jugak nie. Pape pun, Alhamdulillah dah selesai. :)

Moralnya, prepare lah kalau dah tau nak ada test.
"Yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek."
 
 Okayy^^, sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah (^_<)v

Wednesday 3 October 2012

Kasut Roda

Bukkk!!


Semua mata tertumpu kat aku. Rasa sakit menjalar kat sekitar punggung. Sakit tu tak payah cakap lah macam mana kan. Dengan selambanya aku bangun, terus meluncur atas court ZC untuk kesekian kalinya.

Petang tu saja je aku pegi sewa kasut roda kat mahallah store. Nak test main. Seingat aku, last aku main kasut roda pun time aku darjah-darjah lagi. haha nak test skill lah konon. Dapat-dapat je kasut tu, terus aku sarung. Tak ingat pulak court yang aku nak pergi tu kena lalu bukit. Nasib baik ade member aku, Sofia (bukan nama sebenar), tolong pimpin aku go through jalan berbukit tu.

Sampai sampai je, aku pun test se-round dua, haha dah berkarat rupanya skill aku. 
"tak pe kan baru je lagi ni. warm up dulu ah." aku bermonolog sendiri. *sape nak support kalau tak diri sendiri kann :) *
 
First round, second, third, fourth, fifth. ahhhh. Dalam kepala rasa cam nak give up je. huhu awat susah sangat nak slide guna kasut roda nie. Tak sah kalau tak jatuh. Naik bergegar dah mahallah Zainab Al-Jahsy ni aku buat. Muka pun dah makin tebal berinci inci. Mana tak nya, dari tadi aku dok mencium tanah, jatuh tergolek sana sini. Depan orang pulak. Kalau ingat balik, aku pun boleh tergelak sendiri. Nak give up, tak give up, aku belasah je main lagi. Haha. At last, aku berjaya buat pusingan tanpa tergolek ala ala nangka tak busuk.
Yayyyyyy!
 
Agak-agak kalau aku give up awal-awal tadi mesti tak dapat rasa seronok nie. haha. :D
Dah puas main, aku pun return balik kasut roda tu. Esoknya, aku jalan senget. Sengal satu badan dek penangan kasut roda biru.

Dah aku story panjang melebar nie, motifnya aku nak bagi tahu, kalau kita tinggal sumthing tu lama sangat, mesti ambil masa jugak nak recall dia balik, and dalam kita lalui hidup nie, time susah mesti akan ade hamba Allah yang bantu kita go through liku-liku macam aku nak naik bukit tu. :)

Kalau try sumthing tu jangan cepat noo nak give up nya. Give out the best of you dulu, pastu kalau rasa tak boleh tu barulah lepaskan. kayyy^^,

Itu ajeeee untuk kali ni. Penat dah menaip sensorang. Sampai berjumpa lagi untuk next post. hehe salam sakinah :)






 

AKU DAN DIA

 

"kita hanya kawan je ok." - si Dia yang tak perlu disebut nama

Aku bukan pilihan dia, tapi dia pilihan aku. Urghhh, penat dah. Cerita ku sama panjang dengan sinetron dari seberang. Sekarang dah sampai episod akhir, huhu. Unfortunately, bukan happy ending. Honestly, rasa bengang itu ada, sebab penat tunggu tapi tak de pape kann. Kadang-kadang nampak dah sinar pelangi tu, tup tup hujan balik. Orang keliling aku nampak bahagia je, nampak gaya cam nak bina masjid pun ada. Senyum memanjang. aku?

okay lupakan apa yang aku merepek pepanjang ni.
Let's bygone be bygone.
 
Sekarang aku nak re-programme kan otak yang selalu aku sogokkan dengan fakta kimia and anatomi manusia nie dengan ayat mama.
"kita nak kahwin by, jangan kita yang terhegeh-hegeh nak kat dia. biar dia yang sayang kat kita."
 
Ye aku tau, bunyi ayat macam klise je tapi tu hakikat. haha. Gaya dah cam mak mak pulak. kalau ditimbang-timbang ayat tu, betul lah kan. Ayat orang tua-tua ni banyak betul nya. huhu. kalau kita je dok tersua-sua, orang tak nak, tak ke macam "hidung tak mancung, pipi tersorong sorong". cehh, berpribahasa pulak aku nie, *rinduuu seyhh setahun dah tinggalkan pribahasa since spm :D

Well, for my very first post here, aku dah banyak merepek mengarut. Next post entah ape pulak genre nya. Yelah tujuan ade blog ni pon memang nak mengarut je. kena lah tu dengan tujuan :) seiring sejalan. Sampai berjumpa lagi untuk next post. Tu pon kalau ada. haha. salam sakinah :)
.