Thursday, 26 September 2013

Final Exam


Assalamu'alaikum and hi guys. May all of you under His blessing :)

Well, my final examination is just around the corner
and after that.....
Im gonna have my three months holiday! wuhuuu yayyyy! :D
okay enough. too much happiness i guess. hehe.
Im planning to apply for a job during my holidays and getting my driving license done.

InshaAllah by the time i pursue my degree hopefully i can drive a car on my own. Dont want to trouble anyone anymore. ehhee. Dream big huh?  ;)

Okayyy, back to my examination next week, Understanding Islam will be my first paper, followed by maths II and last but not least physics II. Frankly, i have so many things to be prepared before the exam day but its okay because i know i can do it ! inshaAllah. By the way, 4 tips for those yang akan menghadapi exam just like me, all you need to do are Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakal :)


Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Have faith in Him people. Prepare apa yang patut sebelum terlambat :) tidur bangun biar dengan buku. hehe. So i wish selamat berjaya to all of you especially my friends in UIA :) Pray for our success. Do our best, inshaAllah we will have no regret ;)

Fighting ! xoxo
Note: dah tahun dua asasi ni. bulan september next year masuk degree woih. yeeeeaaahh (Y)

Monday, 23 September 2013

A Different Story


It has been almost two weeks from that day.
yeah a long way to go but sometimes


Well,
A picture can tell you a different story.
Its depends on how you want it to be.
May Allah bless.

Sunday, 22 September 2013

Shopaholic

Assalamua'laikum readers. May Allah bless you.

yeah people its sunday and im stuck here in uia. its not that bad but somehow its remind me of my pengkalan chepa's days. haha. the place where i spent most of my time in 'asrama' instead of  going home just like the kelantanese did every weekend. hee. how to be independent thats what i learnt there. enough said huh. :)

actually i just finished my laundry thingy and im quite tired now. haha. seriously. i didnt use the washer machine in my floor as i need to spend RM 2.50 per session. to be honest guys, its a big amount for me! lol. from now on, i have to make a very huge adjustment in my financial because im a SHOPAHOLIC -.- 

Sometimes, -in a week for example- i didnt realize that ive spent most of my allowance on my clothes, hijabs, shoes and other accessories. too addicted i guess and its totally not good for me, a jobless student. soooo not good! mmm already know about it but i keep on buying things and not doing anything :/ 

aaaaaaaaaaaa *screaming*
I dont wanna be a shopaholic anymore so i must train myself to buy things that i need instead of things that i want, right? for sure its hard in the beginning but inshaAllah ill try my best or else i'll end up having trouble with my financial status. Na'udzubillah.

Pray for me as well guys. Till then.





Friday, 20 September 2013

More Than Words

Assalamu'alaikum guys :)

Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa untuk menaip apa yang terbuku di hati. ecehh. bahasa aku gaya puitis. Di petang yang tenang lagi sunyi di bumi uia ni, tetiba playlist my mp4 memainkan satu lagu nie. nah kau habis terputar balik segala memori silam kat depan mata. hm hm hm. dah lah tak balik rumah minggu nie. maka di waktu petang macam ni yang biasanya aku melepak depan tv kat rumah, aku putuskan untuk menghupdate blog. kalau tak rasanya dah wassalam berkuak lentang bergaya bebas aku berenang atas katil macam zaman mrsm dulu. orang berenang dalam pool kau berenang atas katil. memang terbaik bee ! :p

Okay back to the song yang i nak share dengan korang :)

I have been introduced to this old song by a person masa zaman sekolah dulu. since then this song mendapat tempat di hati. siap belajar lagi macam mana nak main lagu nie. I bet ramai je dah tahu lagu nie. lagu lama tapi sedap kan ! :) well its not just about the melody but the most important thing is the lyrics. hamboih kau omputih gittew.sebab lagu yang aku nak share ni pun lagu omputih kan maka nya saja lah aku nak berspeaking segala before mention the title. baru lah seiring sejalan. ehh. lagu tu Westlife yang nyanyi. kalau nak dengar boleh je google. sekarang semua di hujung jari je kan. eheh, Bawah ni aku letak the lyrics. Fahami maksudnya dan enjoy the melody ! :)

More Than Words

Saying I love you 
Is not the words I want to hear from you 
It's not that I want you 
Not to say, but if you only knew 
How easy it would be to show me how you feel 
More than words is all you have to do to make it real 
Then you wouldn't have to say that you love me 
'Cause I'd already know 

What would you do if my heart was torn in two 
More than words to show you feel 
That your love for me is real 
What would you say if I took those words away 
Then you couldn't make things new 
Just by saying I love you 

More than words 

Now that I've tried to talk to you and make you understand 
All you have to do is close your eyes 
And just reach out your hands and touch me 
Hold me close don't ever let me go 
More than words is all I ever needed you to show 
Then you wouldn't have to say that you love me 
'Cause I'd already know 

What would you do if my heart was torn in two 
More than words to show you feel 
That your love for me is real 
What would you say if I took those words away 
Then you couldn't make things new 
Just by saying I love you 

More than words




Wednesday, 18 September 2013

Fresh Start

Assalamu'alaikum, hi refulgent readers ! :)

Alhamdulillah sampai jugak aku kat uia after spent almost five days kat rumah. Yeah balik rumah itu satu terapi diri. Untuk lari dari apa yang aku nak lari. senyum.

I just wanna have a fresh start guys :) In sha allah. So hari ni dah start kelas macam biasa. ehh tak biasa pun sebenarnya sebab ada tambahan kelas so kira hari ni my schedule a 'lil bit packed lah tapi takpe i sacrificed sikit as final pun dah dekat so nak kejar bagi habis syllabus yang still berbaki.

Uhmmmm, basically nothing much to share here. Its just aku rindu nak update blog. heh. Rindu lah sangat kan :3 Well sepanjang aku kat rumah, aku tak study langsung *as expected* padahal final exam dah dekat kot-.- typical student kan memang suka burn the midnight oil. Uhukk. :p

By the way before i end this post i nak share a quote yang asyik berlegar legar dalam kepala semenjak dua menjak nie :)

Menjadi yang pertama tak semestinya yang terbaik, 
Menjadi yang terakhir tak semestinya yang terburuk.

Its depend. kan ?
Okay itu je i rasa nak tulis sekarang. Apa apa hal nanti i update. Bye ! (;





Wednesday, 11 September 2013

Terus Terang


Assalamu'alaikum and good evening to anyone who dropped by to read what i wrote here.

Tak payah nak mukadimah sangat, straight to the point je.
Yeah I've to admit that I'm being too emotional this week okay.
Dari hari jumaat to be exact.
And I'm very sorry,
kat sesiapa yang kena tempias ke-emo-an gua
kat sesiapa yang kena mengadap muka stress gua
Especially my roomates and classmates.

*long sigh*
Ingat tak penat ke woihh jadi budak emo?
Cepat tua pulak tu
Dah tu yang kau mengada-ngada nak emo bagai dah kenapa kan -.-
Sila lempang muka sendiri.

Urgh whatever.
Lepas sekian lama aku selidik punya selidik apa masalah aku sampai emo tahap petala nak langgar orang sampai mati nie *astaghfirullah*
Akhirnya,
Aku dah dapat jawapan.

Bila orang tak berterus-terang nie lah yang buat aku angin satu badan.
Gaya habis marah dah nie.
Ya bila orang tak berterus-terang.
Cakap direct kan senang.
Apa masalah lah nak pusing cakap sana sini, selindung - selindung
Kalau awal-awal dah explained detail takde lah aku nak emo bagai.
Buat tambah kedut kat dahi je.
Hilang seri muka *ehh

Haihh.
Memanglah susah kan.
Truth hurts.
Reality bites.
Tapi kalau kau asyik bagi yang manis je semedang,
bila aku find out yang masam tu sendiri
tak ke rasa macam nak termuntah hijau aku dibuatnya.

Tak faham?
ahh tak kisah lah
Yang penting aku faham.

Okay dah sampai sini je.
Gua dah malas nak emo nie.
Tak baik untuk kesihatan.
Penat dah pun telinga nie menahan bebel member-member yang care.
Lets get a life.















Sunday, 8 September 2013

Take Care


Salam'alaik. Morning guys. 
I just don't know how to describe what I'm feeling now in words.
It's just so confusing.

I feel like I'm losing something important in my life,
even that something isn't mine,
but it's hurt.
You see,
It's really hurt.
Alot.

After all,
Take care.
I wish you all the best.  
May Allah bless you.




Thursday, 5 September 2013

Rezeki Terpijak


Salam'alaik and selamat petang guys :)
I just wanna share my happiness with all of you. Tehee 
Macam orang kampung I cakap
"you will double the happiness and halve the sadness when you share it"
heh
Okay enough back to the topic :p

Result physic untuk mid sem exam dah dapat tadi so i dah tau markah for le three subjects yang i ambil for this sem.
Alhamdulillah.
And yeah alot of things i need to fix here and there.
So I tak boleh malas.
NEVER.
Macam classmate I bagi tazkirah time class math, 

"Keluar dari your comfort zone"

Okay kawan-kawan ?
Marilah bersama-sama kita keluar dari comfort zone
*semangat berkobar nie*
:)

By the way, yang tajuk post ni uolls rasa macam takde kaitan kan dengan content
tapi sebenarnya ada tau !
Tajuk ni di-inspired by my cute clumsy classmate, cik mira vavavoom :p

yang depan ni mira vavavoom, sebelah dia lia nanas, sebelah lagi akhi hijriyati , and last ciqah comel

Result dia cantik kot tapi boleh pulak dia cakap
"rezeki terpijak je ni"
and her words captured my attention so badly because i rasa its soooo funny :D 
hahahaha

Okay baiklah uolls.
Taknak bergembira sangat sebab ....

Esok quiz probability :3 Doakan saya ya :)












Wednesday, 4 September 2013

Probability


Salam'alaik and morning guys.
I've been writing this post early in the morning because I'm a bit stress dengan topic probability dalam maths II.
 T.T 
Nak mencurahkan perasaan bengang kat uolls lah nie.
*ehh*

By the way
I'm gonna have the quiz this friday and yet i'm still struggling to understand it.
I'm not well prepared nie :(

Oh Probability
why you sooo challenging ey? 
Last time i belajar kat sekolah dulu tak lah se-complicated nie.
Yeah i know things will become harder by the time kan.

I try to bear with you
probability, please be nice to me.
*Nangis*

Tuesday, 3 September 2013

Changes


Nothing much to write but yeah i've changed the entire design of my blog. 
Setelah beberapa kali menukar design blog
mencari identiti diri,
finally
This Is Me
*ececececeh*
*tepuk tepuk bahu kanan say well done*
Well, ni baru nampak macam aku. *nampaklah sangat kan*

Day by day, aku dah makin mahir dengan these coding thingy.
Boleh dah kot nak kurang kan bukak sana sini geledah pak cik google cari blog tutorial -.-

Indeed,
Practise makes perfect.
Terbukti sudah. Heh

And one thing,
Gua terasa macam dah terjatuh cinta pulak dengan warna warna terang.
Agak pelik sebab sebelum ni tak pun ._.
tapi not bad lah kan,
tak ada lah nampak hambar sangat aku nie.
*angguk*









Monday, 2 September 2013

Failure

Terlalu lama menyepi,
dan kini aku kembali,
meniti hari hari,
bersama warna seindah pelangi ! 

Ecececehh. Ayat aku nak gempak je kan.  
Mohon kalau muntah tu tadah lah sendiri kay.
Senyum.

What im gonna tell you is lately aku seakan tak dapat nak membahagikan masa dengan betul -.-
Padahal sem ni aku amek dua je core subjects. Dua with capital D ! aku amek physic dengan math. Ohh ya satu lagi subjek wajib uia. Understanding Islam. Punya lah banyak masa yang aku ada tapi result midsem aku masih macam tu jugak. Biasa biasa je. Tak membanggakan tak menyedihkan. Hailaaa.

Aku fail untuk plan masa aku T.T 

If you fail to plan than you plan to fail
Memang sesuai sangat lah dengan situasi aku sekarang. So now tinggal lebih kurang 3 minggu dari sekarang nak final. Seriously i need to do something or else aku akan ada masalah untuk apply scholarship. Nightmare weh ! -.-'

Okay dah maghrib. Solat yuk. Nanti sambung lagi.




Tuesday, 6 August 2013

Rindu...
tapi hati terasa membeku.
Ingin diluah,
tapi akal menegah.

Takkan pokok bergoyang,
andai angin tak menggoncang !

Apa perlunya aku,
andai dia penghuni di situ ?

Cemburu ?
selayaknya bukan aku.
Bersalah ? 
Kaki telah aku undur selangkah.
Biar payah,
Biar susah,
Biar kadang tergoyah.

Berat hati untuk mengaku,
sesungguhnya,
Kunci itu..
bukan kau penyimpannya.








Wednesday, 31 July 2013

Shopping Pahala atau Baju Raya?


Alhamdulillah. Ramadhan ke-22

Credit : Brotherhood Arts

Hadith Nabi menyebut:-



أَنَّ رِجَالاً مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - أُرُوا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِى الْمَنَامِ فِى السَّبْعِ الأَوَاخِرِ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَرَى رُؤْيَاكُمْ قَدْ تَوَاطَأَتْ فِى السَّبْعِ الأَوَاخِرِ ، فَمَنْ كَانَ مُتَحَرِّيَهَا فَلْيَتَحَرَّهَا فِى السَّبْعِ الأَوَاخِرِ 


Sesungguhnya sebagian sahabat Nabi SAW bermimpi lailatul qadar terjadi pada tujuh hari terakhir (Ramadhan). Maka Rasulullah SAW bersabda, "Aku melihat mimpi kalian bertemu pada tujuh malam terakhir, maka barangsiapa yang ingin mencarinya, hendaklah ia mencari pada tujuh malam terakhir." (HR. Bukhari) 

SO,

Dear brothers and sisters, dalam kesibukan kita buat persiapan untuk menyambut hari raya  sedar tak sedar, semakin hampir kita ke penghujung Ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu kan. Dah akhir-akhir ramadhan ni mesti masing-masing sibuk dengan baju raya lah, kuih raya lah, tudung raya lah, kira semua lah nak raya. I juga tak terkecuali. Heee tapi seeloknya kita bersederhana lah kan :) 

Jangan pula kita tertinggal terawih sebab nak shopping baju raya dan tertinggal qiamullail sebab berjaga buat biskut raya. Rugi kan kalau tak merebut pahala di bulan yang penuh keberkatan nie.

Maka,  sebaiknya kita sama-sama berusaha menjalani ibadah puasa yang berbaki dengan sebaik mungkin serta menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadhan seolah-olah kita tidak akan bertemu lagi dengan nya tahun depan.


Paling kurang,
hidupkan malam kita dengan maghrib yang baik,
bersama doa yang ikhlas,
diteruskan dengan Isya' yang cantik,
bersama tarawih yang kemas,
diiringi doa-doa yang penuh mengharap.

Kemudian Subuhlah pada waktunya,
dan tika itu mohonlah dalam doa kita agar Malam Al-Qadr yang pastinya telah kita lalui diterimaNya.

Itu jauh lebih baik, dari memilih-milih malam.

Kita hamba Allah,
bukan hamba Lailatul Qadr.


-Hilal Asyraf

okay? :) Akhir kata,
Jom kita sama sama shopping pahala sementara peluang masih ada !
 Moga Allah menerima ibadah kita semua. 
Amiin ^^,



Tuesday, 30 July 2013

S.H.A.R.I.N.G I.S C.A.R.I.N.G



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah al-Baqarah: 216


Well yeah salam 'alaik guys.
Alhamdulillah masih lagi bernafas pada ramadhan ke-21

So guys, last time I ada terbaca satu analogy ni kat fb, so in sha Allah I nak share dengan korang kat sini. 

Just imagine lah u ada anak and kecik lagi. one day anak u masuk dapur and nampak pisau yang u guna untuk potong sayur. Di mata dia nampak macam seronok je dapat pegang pisau tu. So dia pun mintak lah pisau tu dari u. The question here, agak agak u nak bagi tak?

Jawapannya...  Biarlah dia merengek sekalipun kat situ, i tak rasa u nak bagi sebab satu, pisau tu kan bahaya. kot lah dia tercederakan diri dia ke orang lain ke, kan dah susah. Dua, sebab u sayang kan anak u. Siapa lah yang sanggup tengok anak sendiri sakit, kan? 

Jadi, based on analogy yang I share tu rasanya korang dah boleh relate, tak perlu explanation kan :)

 Last but not least,
"Jangan bersedih bila Allah tak bagi apa yang kita minta kerana Dia lebih tahu apa yang kita perlu"













Friday, 4 January 2013

2012. Apa yang menarik ?


Assalamualaikum, hai koraannnnnngggg !  *excited terlebih* dah lama gilaaa aku tinggalkan blog ni terbiar tak berupdate. Hihi biasalah I kan memang seorang wanita gadis yang busy. Anyway korang, I nak ucapkan selamat tahun baru 2013 ! even macam dah lambat je tapi at least I ada lah wish jugak kan J Harap harap tahun ni kita dapat jadi lebih awesome and lebih matang ! So nanti dapat jadi orang yang lebih sukses, kann? Heeee. By the way, untuk pengetahuan korang aku dah pun selesai my second sem pada 31 Dec yang lepas ! Alhamdulillah sepanjang dua bulan aku ber-short sem, segala macam pengalaman aku kutip. Yang pahit yang manis yang masin yang tawar, semua pun ada. Hahaha.

Overall aku rasa 2012 adalah antara tahun yang best pernah aku lalui J Jadi aku nak buat review event sikit sepanjang tahun 2012. Hmmm first thing first, aku dah tak lagi berada dalam alam persekolahan yang serba happening and gila gila tu sebab aku dah shift masuk ke alam pekerjaan sekejap then masuk ke alam universiti. Yelah  I kan dah 18 uolls, 13 jun 2013 ni genap lah umur  I 19. Sedar tak sedar dah makin bertambah dah usia ni haa. Sekejap je rasa. Huhu.

PLKN ohh PLKN. Nama ku terpilih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kumpulan satu, siri 9, tahun 2012. Bila dapat tahu je berita nie *lepas check nama guna sms* aku rasa macam urgh -____- why meeeeee ?!! But then aku ikhlaskan jelah hati join program nie. So far aku rasa program nie ada lah jugak manfaat nya untuk kita para remaja. But still banyak lagi kekurangan yang aku nampak in terms of batas pergaulan sepanjang jadi pelatih kat kem Putra Putri Alor Gajah. Anyway, aku paling suka and enjoy gila time buat aktiviti air and latihan fizikal. Terasa diri ni macam askar pulak ! *bajet je* hehehe.

Masa perarakan maulidur rasul kat Melaka. kitorang pakai baju kelas.

Yang kiri gambar wirawati kompeni aku. Kompeni Delta ! Yang kanan pulak gambar aku dengan Cikgu, Sam, Acap and Piee masa aktiviti flying fox and abseiling. :) seronok gila ! 

Kitorang jadi tukang cheer tak berbayar time wira lawan bola. Pic kiri tu kitorang pakai baju PT. Kanan ni baju Loreng. Leceh gila nak pakai, tapi smart. I like !         

Memang adventure ah, aku banyak belajar pasal teamwork and leadership lagi lagi bila aku dipilih jadi ketua wirawati kat kem tu. *riak riak* haha bukan nak riak korang cuma nak berkongsi pengalaman je.  Jadi ketua ni memang mencabar sebab salah budak budak, kau yang kena denda. Rasa macam nak pelangkung je bebudak tu tapi dah aku pun salah tak main peranan awal awal kan =,= merasa lah kena denda sekali. Bila ingat balik jadi rindu  pulak kat dorang semua. Huhuuu
 
Ni malam last kat Kem Putra Putri. Esok nya semua dah balik rumah memasing :')

Tamat latihan kat PLKN, aku pun balik pergi Kelantan nak amek result spm. Alhamdulillah my A’s lurus and dapat tawaran MARA buat medic kat CUCMS. Tapi atas sebab sebab tertentu, aku tolak offer tu. Aku decide untuk further study ke UIA, under course pharmacy. Still lagi sciences programme. Sekarang aku tengah tunggu untuk buat pertukaran course di UIA, dari pharmacy ke medic. Mohon dipermudahkan urusan pertukaran tu nanti. Amiinn.
Muka tak puas hati kena bayar hutang lepas amek result SPM. kekeke. Obvious nampak muka ku burn :3
 
Melangkah masuk ke Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa, CFSIIUM pada bulan Jun 2012~
 
Aku jumpa dengan ramai gila kawan kawan baru! ^^, Masa mula mula masuk tu memang lah jelas nyata terang lagi bersuluh kat muka yang aku memang tak reti nak beramah tamah dengan classmate baru ku. Mana tak nya, first class je aku dah lambat. Telinga siap bersumbat dengan earphone lagi, on lagu dengan volume maximum bagi menghilang nervous. Masuk kelas macam gaya mafia masuk kasino pulak tu, aku terus je buat muka tak bersalah. Padahal diri sendiri yang tak alert dengan jadual. Masa kat sekolah dulu boleh lah aku nak bersenang lenang  sebab cikgu dah siapkan jadual. Kat U dah lain weyhh, kau susun lah sendiri jadualnya. Apa apa maklumat pun sendiri kena update, takdenya sampai kat hujung kaki.  Kalau tak berdikari, memang tunggang terbalik lah hidup hang. Lol, such a good lesson untuk aku ingat sampai bila bila J

Bila dah dua bulan belajar kat sana, aku dah pandai sikit banyak lah nak cakap cakap dengan orang, kalau tak memang aku  tenggelam dalam dunia aku jelah. Sumbat telinga, buat hal sendiri. Ignorance. Kat U mana boleh buat macam tu dik oii. Kita kena bergaul dengan semua orang so senang nanti kalau ada apa apa, kita ada tempat nak bertanya nak refer. Penting kot sosial kat U tapi jangan terlebih sosial sangat. Memudaratkan pulak nanti. Sendiri mau ingatlah kan. Memasing dah besar J
classmate ku masa sem 1 yang awesome :)
 
Gathering dengan classmate ku. Buat makan makan. hikhik kfc je pun :) walaupun tak sekelas untuk sem dua, tapi kitorang tetap contact. bond kuat !

Okay next, dari segi hobi untuk tahun 2012 pulak, aku dah mula jadi pengumpul novel. Hikhik. Tak ingat sejak bila aku start kumpul tapi setakat ni je aku dah ada 8 buah novel melayu and 4 buah novel English. Aku limit sebulan beli dua buah novel je. *tak cukup bajet* Novelist yang aku minat gila is Hlovate. Mula suka dia sebab ada one guy ni tunjuk kat aku novel Hlovate yang dia ada. Aku pun apa lagi, pergilah cari, test baca then aku jatuh cinta :D Novel dia bukan sekadar cinta yang boleh melekakan, tapi ada banyak ilmu pasal Islam yang dia selitkan sekali dalam penulisan dia yang sempoi tapi mendalam maknanya.
Antara novel terawal yang aku beli :) Pakai duit sendiri tau ! ^^,

Kalau dari segi material pulak, tahun lepas aku dapat laptop untuk celebrate result spm aku yang dikira cemerlang tu. Aku diberi hak kebebasan mutlak *ehh* nak pilih laptop yang aku suka. So aku pilih ASUS. Hajat di hati nak yang warna pink tapi tak kesampaian pulak. Time beli tu takde pulak warna pink untuk core i5. End up aku beli je yang warna hitam. Ahh takpe lahh, baru nampak elegan sikit *sedap kan hati*
Ni warna lappy yang aku berkenan sangat tu tapi takde pulak time aku beli. Redha je lah warna hitam pon.
 
Heaven betul aku rasa bila hari yang sama jugak aku dapat hadiah gitar dari abah ! :) sempena birthday aku yang ke-18. Sebab aku dok kecoh sangat nak kumpul duit untuk beli gitar, tup tup sista sista ku dah plan rupanya dengan abah nak belikan aku satu. Hehe. Rasa nak melompat lompat masa dorang cakap abah bagi duit pergi beli gitar. So aku pun pergilah ke guitar collection dekat mid valley. Beli satu then aku belajar main sendiri kat rumah bergurukan encik google dan encik youtube dengan berinspirasikan encik A. Alhamdulillah dalam masa dua bulan je aku dah boleh main sambil nyanyi. Hee. Aku belajar sendiri tu ~ Terel tak? *angkat kening double jerk*
 
Apa pendapat korang? Ada gaya macam Yuna tak ? ;)
 
Nampak tak kegigihan dan kesungguhan aku di situ ~ Haaa, korang jangan memain dengan aku tau. Kalau aku dah nekad nak buat sesuatu, aku akan buat sampai berjaya.  See, masuk ke hari aku menaip entry ni, almost 6 months gitar tu hidup dengan aku *ecehh* . Really tak sangka korang, tahun 2012, aku dah boleh menyanyikan lagu price tag dengan berlatarkan alunan petikan gitar aku sendiri !  Kalau nak diikutkan, setahun yang dulu,  tahun 2011, aku hanya mampu menyanyikan lagu tu *masa annual dinner batch ku di PC* diiringi band member je XD
Jadi..... Bila dikenang kenang balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun lepas, rasa macam tak percaya, tapi tulah kan, kita mana nak tahu apa yang akan terjadi :)

Setakat ni baru selesai tiga muka surat dari 365 pages buku tahun 2013 yang kita dah lukiskan dan warnakan coraknya . Ada 362 muka surat lagi yang masih putih bersih tak berusik. So, terpulanglah pada diri sendiri ye untuk memenuhkan setiap muka dengan design yang macam mana. In shaa Allah dengan perkara yang baik baik :) Kayy. habis sudah review aku untuk tahun 2012. (^^,)V
Nahhh. Akhir kata,
“ Yang dekat itu mati, yang jauh itu masa lalu.” Renung renungkan dan selamat beramal ;D